Sunday, 21 May 2017

TEMPAT PENGINAPAN




HOME BEACH VILLAGE RESOLT


Home Beach Village Resort (Malaysia) beralamat di Lot 66&67 kg Baru Badang,Pantai Cahaya Bulan ( PCB) Kota Bharu Kelantan, Kota Bharu - Malaysia. Home Beach Village Resort beroperasi sejak tahun 1998 yang terdiri dari jumlah kamar sebanyak 62 kamar dan jumlah lantai sebanyak 2 lantai. Secara geografis terletak di benua Asia dengan koordinat 6.195296 garis lintang dan 102.275093 garis bujur. Harga yang ditawarkan sangat bervariasi sesuai dengan standar harga hotel bintang 2. Menginap di Home Beach Village Resort bisa menjadi pilihan jika anda berkunjung ke Kota Bharu - Malaysia. Sebagai alternatif Anda juga bisa mempertimbangkan hotel yang terdekat dengan Home Beach Village Resort. Info selengkapnya bisa dilihat pada tabel dibawah ini :
Berhenti di Rumah Beach Village Resort untuk menemukan keajaiban dari Kota Bharu. Hotel ini menawarkan standar tinggi pelayanan dan fasilitas yang sesuai dengan kebutuhan individu semua wisatawan. Fasilitas seperti penyimpanan bagasi, wi-fi di tempat-tempat umum, tempat parkir mobil, transfer bandara, fasilitas rapat sudah tersedia untuk Anda nikmati. Kamar dilengkapi dengan semua fasilitas yang Anda butuhkan untuk tidur malam yang baik. Dalam beberapa kamar, tamu dapat menemukan televisi LCD / layar plasma, AC, meja tulis, TV satelit / kabel, perlengkapan mandi. Akses ke kolam renang hotel, kolam (anak), olahraga air (tak-bermotor) akan lebih meningkatkan Anda memuaskan tinggal. Staf yang ramah, fasilitas yang besar dan dekat dengan yang Kota Bharu ditawarkan tiga alasan besar Anda harus tinggal di rumah Beach Village Resort semua.

Rujukan:
http://www.cregasia.com/hotel/517874/home-beach-village-resort/

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK




LATA BERANGIN
Air Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Pas.Ianya boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak diantara lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.Ianya terletak kira-kira 18km dari Bandar Kuala Krai.Lata Berangin yang mempunyai air setinggi 120 meter telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda.Kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan

Rujukan:http://tiapdetik.blogspot.my/2010/02/air-terjun-lata-berangin.html



JERAM LINANG
Jeram Linang (kadang-kadang ditulis Jeram Lenang) merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Linang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, dalam Jajahan Machang, Kelantan dan dihubungi dengan jalan raya bertar. Pengunjung boleh ke sana dengan menaiki kereta persendirian dan teksi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Machang telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai, chalet dan tapak perkhemahan.Jaringan jalan raya yang baik telah dibina oleh pihak kerajaan bagi memudahkan para pegunjung melawat Jeram Linang. Jeram Linang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh - Machang) dan 15 kilometer dari Bandar Machang (melalui jalan Machang - Wakaf Linchong)

Rujukan:https://ms.wikipedia.org/wiki/Jeram_Linang#Rujukan


JERAM PASU
Jeram Pasu adalah merupakah salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Pasir Puteh, Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan. Pengunjung juga boleh beriadah dengan menggunakan trek denai hutan yang dibina oleh pihak PBT

Rujukan:https://ms.wikipedia.org/wiki/Jeram_Pasu








MAKANAN

KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
1.    Juga menyediakan hidangan ikan bakar, pelbagai ulam-ulaman dan semestinya sambal beserta budu. Menu lain juga ada disediakan.
2.    Alamat/lokasi: Terletak di wakaf che yeh. Berhadapan dengan CIMB bank dan bersebelahan kedai eco rm2.
3.    Waktu: setiap hari 4.30 pm – 1.30 am

 Nasi Kak Wok, Lundang
  1. Menu yang dihidangkan adalah nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah dan juga rasa gulainya ditambah sambalnya yang sedap.
  2.  Alamat/lokasi : Jalan Masjid Lundang, Kota Bahru (belakang KBMC) , terletak lebih kurang 200 meter dari simpang lorong selepas KBMC.
  3.   Waktu: setiap hari bermula dari jam 7.30 pagi hinggalah 5.00 petang.
                      
                             Maggi Tiram Pok Weil, Bachok
  1. Jika anda menuju ke Bachok, boleh lah singgah di sini kerana ia terletak di luar kawasan bandar Kota Bharu. Antara kedai makan yang trending sekarang di Kelantan. Menu yang popular adalah mee segera yang dimasak bersama tiram. Juga terdapat menu lain seperti tiram segar yang dimakan bersama sos istimewa, telur dadar tiram dan nasi goreng.
  2. Alamat/lokasi: terletak di Tawang (menghala ke Bachok)
  3. Waktu: dibuka seawal 11pagi -12 tengah malam kecuali hari Jumaat dibuka lewat pukul 3petang. Isnin kedai tutup

Rujukan:https://www.google.com/searchq=tempat+menarik+di+kelantan&oq=te&aqs=chro                   me.1.69i59l2j69i60l3j69i59.2434j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-                                             8#q=makanan+di+kelantan

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

1.Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan pelancong dan penduduk setempat.Perlu diingatkan yang pasar ini beroperasi dari pukul 6.00 pagi sehingga 7.00 malam.Kemudahan ATM seperti BSN dan Maybank terdapat berdekatan dengan pasar ini.
Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan yang unik. Pasar ini sangat meriah di hari minggu dan cuti sekolah. Penduduk sekitar Kota Bharu juga sering ke sini untuk membeli barangan asas dan keperluan dapur.

2.Pantai Senok,Bachok

Pantai Senok yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan merupakan ‘antara lokasi pelancongan yang popular di Kelantan. Ia mula dikenali dan dikagumi. Ia dikatakan merupakan ‘Pulau Nami’ di Malaysia seperti yang terdapat di Korea.Betapa ramainya yang berkunjung ke pantai ini, hingga ia menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di kawasan sekitar pantai tersebut. Inilah kehebatan media sosial, atau lebih tepat lagi kuasa viral. Facebook dan Instagram sangat berperanan dalam ‘menjual’ dan ‘menjaja’ keindahan Pantai Senok.

3.Pantai Cahaya Bulan

Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja.Disepanjang jalan dari KB ke PCB terdapat banyak gerai yang menjual jagung rebus. Jangan lupa untuk membeli jagung rebus untuk di makan di PCB. Menikmati jagung panas sambil melihat keindahan pantai lebih memberi kepuasan dan menjimatkan poket.
4.Pengkalan Kubor Zon Bebas Cukai
Di Tumpat Kelantan adalah satu lagi tempat shopping barangan tempatan dan buatan Thailand yang agak tersohor dikalangan pengunjung. Dikenali sebagai Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.Kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan yang berpagar. Pintu utama hanya dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Jadi jika anda ingin shopping, eloklah datang pada waktu pagi. Pada pukul 5.30 petang semua pembeli akan diarahkan keluar oleh pihak Kastam kerana pintu utama akan ditutup pada waktu tersebut.

5.Masjid Beijing ,Rantau Panjang

Pembinaan masjid bersni bina Cina adalah bertujuan memecahkan tembok stereotaip yang wujud dalam pemikiran orang bukan Islam bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Maka mereka yang memeluk Islam akan dianggap sudah masuk Melayu. Dengan adanya masjid berseni bina Cina ini sekurangkurangnya dapat menunjukkan kepada mereka bahawa Islam ini adalah universal, milik semua kaum. Negara China telah menerima Islam jauh lebih awal dari Malaysia, kira-kira 1300 tahun yang lalu.

Rujukan:http://villaimpiana.com/7-tempat-pelancongan-menarik-di-kelantan/

PETA KELANTAN




Rujukan:https://www.google.com/searchq=kelantan&oq=kelantan&aqs=chrome..69i57j0l5.4867j0j8                 &sourceid=chrome&ie=UTF-8#q=peta+kelantan