Sunday, 21 May 2017

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK




LATA BERANGIN
Air Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Pas.Ianya boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak diantara lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.Ianya terletak kira-kira 18km dari Bandar Kuala Krai.Lata Berangin yang mempunyai air setinggi 120 meter telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda.Kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan

Rujukan:http://tiapdetik.blogspot.my/2010/02/air-terjun-lata-berangin.html



JERAM LINANG
Jeram Linang (kadang-kadang ditulis Jeram Lenang) merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Linang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, dalam Jajahan Machang, Kelantan dan dihubungi dengan jalan raya bertar. Pengunjung boleh ke sana dengan menaiki kereta persendirian dan teksi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Machang telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai, chalet dan tapak perkhemahan.Jaringan jalan raya yang baik telah dibina oleh pihak kerajaan bagi memudahkan para pegunjung melawat Jeram Linang. Jeram Linang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh - Machang) dan 15 kilometer dari Bandar Machang (melalui jalan Machang - Wakaf Linchong)

Rujukan:https://ms.wikipedia.org/wiki/Jeram_Linang#Rujukan


JERAM PASU
Jeram Pasu adalah merupakah salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Pasir Puteh, Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan. Pengunjung juga boleh beriadah dengan menggunakan trek denai hutan yang dibina oleh pihak PBT

Rujukan:https://ms.wikipedia.org/wiki/Jeram_Pasu








No comments:

Post a Comment