Sunday, 21 May 2017

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

1.Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan pelancong dan penduduk setempat.Perlu diingatkan yang pasar ini beroperasi dari pukul 6.00 pagi sehingga 7.00 malam.Kemudahan ATM seperti BSN dan Maybank terdapat berdekatan dengan pasar ini.
Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan yang unik. Pasar ini sangat meriah di hari minggu dan cuti sekolah. Penduduk sekitar Kota Bharu juga sering ke sini untuk membeli barangan asas dan keperluan dapur.

2.Pantai Senok,Bachok

Pantai Senok yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan merupakan ‘antara lokasi pelancongan yang popular di Kelantan. Ia mula dikenali dan dikagumi. Ia dikatakan merupakan ‘Pulau Nami’ di Malaysia seperti yang terdapat di Korea.Betapa ramainya yang berkunjung ke pantai ini, hingga ia menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di kawasan sekitar pantai tersebut. Inilah kehebatan media sosial, atau lebih tepat lagi kuasa viral. Facebook dan Instagram sangat berperanan dalam ‘menjual’ dan ‘menjaja’ keindahan Pantai Senok.

3.Pantai Cahaya Bulan

Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja.Disepanjang jalan dari KB ke PCB terdapat banyak gerai yang menjual jagung rebus. Jangan lupa untuk membeli jagung rebus untuk di makan di PCB. Menikmati jagung panas sambil melihat keindahan pantai lebih memberi kepuasan dan menjimatkan poket.
4.Pengkalan Kubor Zon Bebas Cukai
Di Tumpat Kelantan adalah satu lagi tempat shopping barangan tempatan dan buatan Thailand yang agak tersohor dikalangan pengunjung. Dikenali sebagai Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.Kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan yang berpagar. Pintu utama hanya dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Jadi jika anda ingin shopping, eloklah datang pada waktu pagi. Pada pukul 5.30 petang semua pembeli akan diarahkan keluar oleh pihak Kastam kerana pintu utama akan ditutup pada waktu tersebut.

5.Masjid Beijing ,Rantau Panjang

Pembinaan masjid bersni bina Cina adalah bertujuan memecahkan tembok stereotaip yang wujud dalam pemikiran orang bukan Islam bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Maka mereka yang memeluk Islam akan dianggap sudah masuk Melayu. Dengan adanya masjid berseni bina Cina ini sekurangkurangnya dapat menunjukkan kepada mereka bahawa Islam ini adalah universal, milik semua kaum. Negara China telah menerima Islam jauh lebih awal dari Malaysia, kira-kira 1300 tahun yang lalu.

Rujukan:http://villaimpiana.com/7-tempat-pelancongan-menarik-di-kelantan/

No comments:

Post a Comment